SAO PAOLO: Rakyat Brazil tidak boleh melayari aplikasi media sosial X setelah penyedia perkhidmatan mengumumkan menghentikan operasi dengan serta-merta susulan perintah penapisan dikeluarkan oleh Mahkamah Agung Brazil.
Aplikasi dimiliki jutawan Elon Musk mendakwa Hakim Alexandre de Moraes mengancam salah seorang wakil undang-undang syarikat tersebut di negara Amerika Selatan itu supaya ditangkap jika tidak mematuhi perintah undang-undang bagi mengeluarkan beberapa kandungan daripada platform media sosial tersebut.
Gergasi media sosial itu kemudian menerbitkan gambar dokumen yang didakwa ditandatangani hakim tersebut, menyatakan denda harian sebanyak RM16,185 dan arahan tangkapan akan dikenakan terhadap wakil X di Brazil, Nova Conceiao jika platform terbabit tidak mematuhi sepenuhnya arahan Moraes.
“Untuk melindungi keselamatan kakitangan kami, kami telah membuat keputusan untuk menutup operasi kami di Brazil berkuat kuasa serta-merta,” kata X.
Walau bagaimanapun, perkhidmatan X kekal tersedia untuk rakyat Brazil, demikian kata platform itu pada Sabtu lalu.
Sementara itu, Mahkamah Agung Brazil enggan mengulas mengenai perkara itu dan tidak akan mengesahkan atau menafikan kesahihan dokumen yang dikongsikan oleh X.
Pada awal tahu, Moraes mengarahkan X untuk menyekat akaun tertentu, kerana dia menyiasat apa yang dipanggil sebagai ‘militia digital’ kerana menyebarkan berita palsu dan mesej berbaur kebencian semasa pemerintahan bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro.-AGENSI










