PETALING JAYA: Satu suruhanjaya khas perlu diwujudkan untuk meneliti isu-isu yang boleh timbul dalam usaha menilai semula undang-undang lapuk di negara ini. Malah, kerajaan boleh memperkenalkan semula dana penyelidikan untuk membolehkan semakan dan penilaian undang-undang dijalankan secara berterusan. Peguam dan pemerhati undang-undang, Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir berkata, proses penilaian semula undang-undang lapuk tidak mungkin dapat diselesaikan dalam satu penggal pentadbiran kerajaan, sebaliknya perlu dilakukan secara berterusan. ASPEK PENTING Jelas…










