Terkejut gajah liar sesat masuk kampung Terkejut gajah liar sesat masuk kampung

Terkejut gajah liar sesat masuk kampung

MOHD. AZMAWI Fikri Abdul Ghani (tengah) melawat kawasan kehadiran gajah liar di RKT Kesedar Sungai Asap B di Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Lebih 50 penghuni perumahan kakitangan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap B di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor gajah liar berkeliaran di hadapan stor simpanan baja kawasan itu, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam, kelibat gajah liar itu dilihat kira-kira 50 meter dari rumah penduduk.

Penduduk, Zamri Abdul Manan, 40, berkata, kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan terbabit.

Katanya, dia tidak pernah melihat kemunculan gajah liar berkeliaran berhampiran penempatan penduduk sejak lebih 10 tahun tinggal di kawasan perumahan itu.

“Kejadian ini sangat mengejutkan kerana merupakan kejadian kali pertama haiwan liar muncul di kawasan penempatan.

“Gajah terbabit mungkin tersesat. Saya lihat sendiri gajah liar terbabit yang berada di kawasan stor baja selama dua jam di situ,” katanya ketika ditemui pemberita di RKT Kesedar Sungai Asap B di sini, semalam.

Penjawat awam, Mohd. Remy Rosmadi, 29, berkata, dia dimaklumkan tentang kemunculan gajah liar itu sekitar pukul 10 malam.

Katanya, dia sempat merakam kemunculan gajah liar itu.

“Saya harap tindakan segera dapat diambil pihak berwajib untuk menjamin keselamatan kami di sini,” katanya.

Sementara itu, wakil rakyat di Nenggiri, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani yang turut melawat kejadian turut menasihatkan penduduk agar sentiasa berhati-hati dan tidak menghampiri haiwan liar itu.

“Aduan sudah dibuat kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan saya harap penduduk di sekitar kawasan terbabit sentiasa berwaspda dan berhati-hati,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN