Tarik sokongan Pas, Bersatu propaganda politik - Utusan Malaysia

Tarik sokongan Pas, Bersatu propaganda politik

BUDI95
RAZALI IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris mendakwa masih terdapat usaha pihak lawan yang berusaha menarik sokongan Bersatu dan Pas untuk keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, usaha menarik sokongan itu telah lama dijalankan iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Katanya, tindakan tersebut merupakan propaganda politik yang bertujuan memecahbelahkan gabungan PN.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memang ada usaha memancing Pas dan ada sebahagian daripada Bersatu untuk keluar (PN).

“Itu propaganda politik dan sekarang kami bersiap sedia hadapi pilihan raya akan datang, selain yakin dengan pengukuhan parti dari segi kepimpinan atas.

“Pas dan Bersatu merupakan ‘founder’ kepada PN, kalau Pas dan Bersatu keluar daripada PN, maka terbubar PN,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Pas mengakui terdapat usaha daripada pihak
tertentu yang mempelawa parti itu untuk bersama dalam Kerajaan Perpaduan pimpi-
nan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dilaporkan berkata, Pas perlu melihat dari semua aspek baik dan buruk jika bersama Kerajaan Perpaduan.

Katanya, perkara itu juga ada dibangkitkan dalam Majlis Syura Ulama, namun sekadar dibincang sepintas lalu dan belum ada sebarang keputusan muktamad menge-
nainya.

Dalam pada itu, Razali berkata, beliau menafikan berlaku keretan hubungan antara Pas dan Bersatu.

“Saya juga berhubung (baik) dengan Pas. Jadi tak ada masalah (antara kedua parti),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini