KLUANG: Membiarkan kawasan penempatan tidak diselenggara dengan sempurna menimbulkan tanda tanya kepada penduduk berhubung siapa pihak yang bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Melihat kepada keadaan longkang berhampiran Taman Satria di Kluang ini, pasti terdetik persoalan sudah berapa lama tidak diselenggara sehingga menyebabkannya ‘ditutup’ rumput-rumpai. Pengadu, Rosli Ali, 35, berkata, terdapat dua saliran perparitan di kawasan berkenaan yang tidak diselenggara dan ia sepatutnya tidak berlaku apatah lagi di kawasan penempatan bercukai. Katanya, penduduk…










