GOMBAK: Peguam syarie mewakili Syamsul Yusof iaitu Azmi Rais mengakui tidak mengetahui mengenai dakwaan anak guamnya itu sudah melafazkan cerai terhadap isterinya di luar mahkamah. Malah, menurut Azmi, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu kepadanya. “Setakat ini saya tidak menerima sebarang maklumat mengenai dakwaan lafaz di luar mahkamah. Saya juga tidak menerima saman atau dimaklumkan oleh Syamsul berkaitan hal ini. …