BUENOS AIRES: Argentina mengenakan kuarantin ke atas sebuah kapal kargo di Sungai Parana berhampiran pelabuhan bijirin Rosario selepas mengesyaki kes cacar monyet atau Mpox di atas kapal.
Arahan itu dikeluarkan selepas seorang anak kapal mempunyai simptom-simptom Mpox, menurut pihak berkuasa Argentina.
Kementerian Kesihatan kemudian mengaktifkan protokol kecemasan selepas mengesyaki wabak tersebut.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu lalu mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global buat kali kedua dalam tempoh dua tahun kerana varian baharu virus itu merebak dengan cepat di Afrika.
Sehari kemudian, satu kes varian clade 1b disahkan di Sweden, tanda pertama penyebarannya di luar Afrika.
Mpox, jangkitan virus yang menyebabkan luka penuh nanah dan gejala seperti selesema, biasanya ringan tetapi boleh membunuh.-AGENSI










