KUALA LUMPUR: Impian peminat untuk sekali lagi melihat penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi pentas dengan artis antarabangsa bakal terlaksana apabila penyanyi itu muncul sebagai tetamu istimewa bintang antarabangsa, John Legend sempena konsert di Indonesia pada 6 Oktober ini.
Konsert tersebut yang diadakan di Sentul International Convention Centre, Jawa Barat buat pertama kalinya menyatukan dua nama besar itu atas satu pentas.
Perkongsian itu, yang diumumkan Siti di Instagramnya menuai keterujaan peminat.
“Mereka berdua memiliki suara yang indah, bertenaga dan penuh jiwa. Ia akan menjadi persembahan yang menakjubkan,” tulis seorang netizen.
Dalam pada itu, muncul segelintir peminat yang kecewa kerana konsert itu tidak diadakan di Malaysia.
“Sekali aku baca, ingatlan Sentul Kuala Lumpur. Macam tidak percaya, laju aku nak beli tiket.
“Sekali, Sentul di Indonesia sana,” komen peminat.
Pembabitan ini merupakan kali dalam tahun ini kedua buat penyanyi kesayangan ramai ini bergabung dengan penyanyi antarabangsa di Indonesia.
Siti pada Jun lalu muncul sebagai penyanyi Jemputan sempena konsert maestro terkenal, David Foster yang diadakan di Jakarta.











