TANJUNG MALIM: Sisa kayu yang hanyut di Sungai Slim dalam kejadian kepala air di Slim Village semalam, bukan berpunca daripada aktiviti pembalakan. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia adalah sisa kayu serta pokok tumbang yang ditinggalkan dan dihanyutkan air selepas hujan lebat. “Saya tidak rasa begitu (pembalakan haram), ia cuma sisa-sisa kayu dan pokok yang ditinggalkan kemudiannya hanyut akibat arus deras,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau Jambatan Lama Sungai Slim yang runtuh, di sini hari ini. Menurut beliau, kerja-kerja pembersihan longgokan sisa kayu itu akan dijalankan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya