Semua majlis kerajaan kurangkan 50 peratus gula dalam minuman

Semua majlis kerajaan kurangkan 50 peratus gula dalam minuman

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil inisiatif mengurangkan penggunaan gula dalam minuman untuk semua acara dan mesyuarat dianjurkan sebagai langkah mengatasi penyakit diabetes yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, langkah itu berkuat kuasa hari ini selepas diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri berikutan kebimbangan penyakit itu berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 yang merekodkan jumlah rakyat Malaysia menghidap diabetes mencecah 15.5 peratus.

“Semua minuman disediakan secara gula tidak dimasukkan. Jadi, kita akan kurangkan penggunaan gula.

“Biar manis di senyuman, bukan di minuman. Ini adalah keputusan jemaah menteri untuk mewujudkan satu suasana yang lebih sihat,” katanya dalam sidang akhbar mingguan pasca Kabinet di sini.

Berdasarkan NHMS 2023, kumpulan rakyat tertinggi menghidap penyakit tidak berjangkit itu adalah berusia 60 tahun ke atas iaitu sebanyak 38 peratus, diikuti 50 hingga 59 tahun (28.8 peratus), 40 hingga 49 tahun (15.2 peratus), 30 hingga 39 tahun (6.5 peratus) dan 18 hingga 29 tahun (3.2 peratus). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN