GOPENG: Seramai sembilan pemandu kenderaan perdagangan ditahan selepas didapati positif dadah dalam tempoh 13 hari Operasi Khas Kenderaan Perdagangan bermula 1 Ogos lalu. Kesemua pemandu berusia 24 hingga 45 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamine setelah menjalani ujian saringan air kencing oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, dalam operasi itu, sebanyak 20,358 kenderaan telah diperiksa dengan 6,247 buah membabitkan kenderaan perdagangan. Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 581 kenderaan perdagangan diambil tindakan, tiga kenderaan disita dan 1,524 notis dikeluarkan. “Sepanjang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya