Anies mahu bertanding Gabenor Jakarta

Selepas tewas Presiden Indonesia, Anies mahu tanding Gabenor Jakarta

ANIES BASWEDAN tewas dalam pemilihan Presiden Indonesia yang menyaksikan kemenangan Prabowo Subianto.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bekas calon Presiden Indonesia, Anies Baswedan menawarkan diri untuk bertanding sebagai Gabenor Jakarta dalam Pilihan Raya Jakarta (Pilkada) selepas lapan bulan tewas dalam Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 berlangsung pada Februari lalu.

Bagaimanapun beliau kali ini akan bertanding dengan menggunakan pencalonan atas tiket Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) pimpinan Megawati Sukarnoputri.

Sebelum ini, Anies dilaporkan masih mencari parti sebagai tapak beliau bertanding Pilkada setelah beberapa parti yang pernah menyokongnya iaitu Parti NasDem (Nasdem), Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) dan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) menarik diri.

Untuk menamakan calon, syarat undian 20 peratus kerusi Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) perlu dipenuhi, manakala PDIP adalah satu-satunya parti yang mempunyai kerusi terbanyak di DPRD Jakarta.

Memetik laporan Kompas, PDIP berhasrat untuk mencalonkan Anies bersama anggota PDIP, Hendrar Prihadi yang bakal ditengahkan sebagai calon Timbalan Gabenor Jakarta.

Seorang pemimpin PDIP, Said Abdullah dilaporkan berkata, pihaknya berhasrat mengetengahkan Anies bersama Hendrar di samping masih mencari sokongan parti lain menjelang hari pencalonan Gabenor Jakarta pada hujung bulan ini. 

Pada Pemilu 2024, Anies yang berpasangan dengan Ketua Umum PKB, Muhaimin Iskandar, sebagai calon Naib Presiden tewas dalam persaingan tiga penjuru yang menyaksikan kemenangan besar gandingan Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka.

Ketika Pemilu, bekas ahli akademik itu mendapat sokongan Nasdem, PKB dan PKS, namun ketiga-tiga parti itu kini mengambil keputusan menyokong bekas Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil yang merupakan ahli Parti Golkar, akan bertanding dalam Pilkada bersama-sama ahli PKS, Suswono.

Pasangan regu Ridwan Kamil-Suswono itu disokong Gabungan Koalisi Indonesia Maju (KIM) Plus, yang menyokong Presiden Terpilih Prabowo dalam Pilihan Raya Presiden baru-baru ini dan beberapa parti lain.– AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN