Saya tak larat mahu bergaduh - Puteri Sarah

Saya tak larat mahu bergaduh – Puteri Sarah

Puteri Sarah bercakap kepada pemberita berhubung kes saman fitnahnya terhadap bekas pekerja beliau, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Puteri Sarah Liyana, 38, mengintai jalan penyelesaian terbaik bagi kes saman fitnah dan pecah amanah yang difailkan terhadap bekas kakitangannya, Nazatul Nazira.

Kata Puteri Sarah, pihaknya tetap mahu menuntut keadilan buatnya, namun lebih memilih solusi terbaik untuk kedua-dua pihak.

“Pihak kami akan cuba berbincang, cari jalan penyelesaian terbaik. Hidup ini singkat, kenapa perlu tertekan.

“Kami mahu tuntut hak kami. Tetapi kalau boleh dengan cara paling tenang, yang terbaik untuk kedua pihak. Saya tak larat mahu bergaduh.

“Dalam sesi mediasi tadi, kami tampil jelaskan keadaan masing-masing di hadapan pegawai mediasi. Beliau telah memberi solusi yang pada kami, bagus dan boleh dipertimbangkan,” katanya selepas sesi mediasi yang diadakan di Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Puteri Sarah hadir ke sesi tersebut ditemani peguam, Azmi Mohd. Rais.

Turut hadir adalah Nazatul yang ditemani peguam, Aryssa Aryanna Farah Syazwin.

Terdahulu, Puteri Sarah sekitar Jun lalu telah memfailkan saman dan menuntut RM1 juta sebagai ganti rugi selepas individu terbabit didakwa menuduhnya menipu dalam urusan perniagaan.

Puteri Sarah menuntut individu terlibat menarik balik kenyataan fitnah yang dilemparkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Nazatul juga dituntut dikenakan perintah injunksi bagi menghalangnya menerbitkan sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut.

Dalam pada itu, Puteri Sarah memaklumkan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya telah menjejaskan reputasi dan mengakibatkan dia menanggung tekanan.

“Ini membabitkan syarikat saya, tentunya saya tertekan. Saya tak tahu apa yang dia maksudkan apabila dia ungkit pasal haknya. Kalau dia kata kehidupannya terjejas, begitu juga saya,” ujarnya.

Sementara itu, peguam mewakili Puteri Sarah, Azmi memaklumkan sesi mediasi yang kedua akan dilaksanakan pada 25 September ini.

Sesi itu tersebut akan turut mengetengahkan kes saman malu yang difailkan Puteri Sarah.

“Beberapa kaedah akan dicadangkan agar kes pecah amanah itu dapat diselesaikan. Memang kebiasaannya proses mediasi dilakukan sebanyak dua kali,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN