PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui menghormati dan sangat menjaga hati Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi walaupun ketika itu beliau adalah Perdana Menteri Ke-9. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, kerana rasa hormat tersebut beliau sangat berhati-hati dalam setiap tindakannya bagi tidak memberi kesan tidak baik. “Suka atau tidak beliau (Ahmad Zahid) Presiden parti saya. Saya nombor tiga (naib presiden), mesti saya hormat beliau. Saya…










