PUTRAJAYA: Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar meluahkan kesyukuran apabila diberitahu bahawa mangsa yang terselamat dalam kes tanah jerlus di Kuala Lumpur memeluk Islam. Ketika ditemui pemberita di sini hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, beliau malah amat berbesar hati sejurus mendengar berita tersebut. “Alhamdulillah, sudah tentu saya berasa cukup gembira kerana insiden tragedi berkenaan menjadi asbab pula kepada lelaki itu untuk memeluk agama Islam,”…