Satu lagi mayat ditemukan, diklasifikasi SDR - Utusan Malaysia

Satu lagi mayat ditemukan, diklasifikasi SDR

Mayat SDR
MAYAT seorang wanita belum dikenal pasti identitinya ditemukan dalam longkang besar berhampiran Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya di Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mayat seorang wanita dalam keadaan berulat ditemukan terapung di dalam longkang besar berhampiran Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati simati merupakan seorang perempuan namun identiti belum dapat dikenalpasti.

“Simati ketika dijumpai hanya berpakaian baju dan seluar dalam serta keadaan mayat berulat. Pemeriksaan oleh Pihak Forensik IPK Selangor ke atas badan simati mendapati tiada kesan pergelutan atau lain-lain kecederaan yang boleh menyebabkan kematian simati.

“Mayat dihantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam untuk dijalankan bedah siasat pada hari ini bagi mengenal pasti punca kematian simati,” katanya kepada pemberita, malam tadi.

Tambahnya, mayat tersebut ditemui selepas polis menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 6.30 petang.

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Izzman Mohd Idrus di talian 013-4003355.

Terdahulu, polis mengklasifikasikan mayat seorang penyanyi, Allahyarham Nidza Afham sebagai SDR apabila tiada sebarang kesan kecederaan ditemukan pada hasil laporan bedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×