KUALA LUMPUR: Pasukan penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah melakukan apa sahaja untuk mencari tanah jerlus yang hilang di Jalan Masjid India.
Ini termasuk anggota pasukan penyelamnya melakukan selaman di dalam saluran najis atau kumbahan berhampiran lokasi kejadian sekali untuk mengesan mangsa warganegara India itu.
Walaupun ia menemui jalan buntu, tetapi itulah pengorbanan yang dilakukan oleh anggota Bomba demi menyelamatkan orang awam.
Dua penyelam skuba dari Akademi JBPM Wilayah Utara mula turun ke lubang saluran itu pada pukul 4 pagi untuk ke kawasan yang dipercayai terdapat ‘backlog’ iaitu kira-kira 44 meter dari lokasi kejadian.
