Robert F. Kennedy Jr. tarik diri, mahu sokong Trump

Robert F. Kennedy Jr. tarik diri, mahu sokong Trump

ROBERT F. Kennedy Jr mahu memberi sokongan kepada Donald Trump.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Calon bebas Presiden Amerika Syarikat (AS), Robert F. Kennedy Jr., mahu menarik diri dari Pilihan Raya Presiden 2024 dan menyatakan sokongan kepada Donald Trump daripada Parti Republikan.

Perkara tersebut didedahkan ABC News semalam, memetik sumber yang tidak dinamakan.

Pasukan kempen Kennedy semalam menyatakan, pemimpin tersebut akan membuat pengunduran rasmi di Arizona hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang wartawan ABC News dalam satu pos di laman X memberitahu, dia bertanya kepada Kennedy sama ada beliau akan menyokong Trump.

“Saya tidak akan mengesahkan atau menafikannya. Kami tidak bercakap tentang perkara itu,” ujar Kennedy.

Calon Naib Presiden Kennedy, Nicole Shanahan, kel­marin berkata, beliau mempertimbangkan untuk meng­hentikan kempen bagi menyokong Trump.

Trump sebelum ini membe­ritahu CNN, beliau sedia me­nerima Kennedy dalam pentadbirannya jika calon bebas itu menarik diri dan menyokongnya.

Kennedy, 70, anak kepada pemimpin Parti Demokratik yang telah meninggal dunia, Robert F. Kennedy dan anak saudara kepada Presiden John F. Kennedy, memulakan kempen Presiden sebagai calon Parti Demokrat menentang Presiden, Joe Biden.

Bagaimanapun menurut ba­dan tinjauan Ipsos bulan ini, sokongan terhadapnya sekadar mencatat 4 peratus, turun daripada 10 peratus bulan lalu sekali gus menyukarkan usahanya untuk memenangi Pilihan Raya Presiden pada November ini. 

Sebelum ini, Kennedy Jr mengumumkan sebagai calon Bebas selepas tidak meneruskan usaha terdahulu untuk menggulingkan Biden, sebagai calon Parti Demokrat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN