Remaja 14 tahun dilapor hilang ditemukan di rumah rakan - Utusan Malaysia

Remaja 14 tahun dilapor hilang ditemukan di rumah rakan

WAN AZLAN WAN MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Remaja berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di USJ 11, Subang Jaya dekat sini  pada 28 Julai lalu, ditemukan selamat semalam. 

Remaja terbabit, Puteri Damia Darwisyah Abdullah dipercayai kali terakhir dilihat  di USJ 11 dekat sini pada pukul 6 petang. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, remaja terbabit ditemukan dalam keadaan selamat di Puchong Prima dekat sini pada 11.39 pagi, semalam. 

Katanya, siasatan mendapati remaja terbabit telah pergi ke rumah rakannya, lokasi ditemukan. 

“Apabila orang hilang dimaklumkan oleh rakannya bahawa terdapat hebahan berkaitan kehilangannya, dia telah bertindak menghubungi ahli keluarganya. 

“Remaja terbabit telah dibawa pulang dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN