Raja Bomoh muncul di lokasi tragedi, mahu bantu cari mangsa tanah jerlus

Raja Bomoh muncul di lokasi, mahu bantu cari mangsa tanah jerlus

IBRAHIM Mat Zin hadir di lokasi dan menawarkan diri untuk mencari mangsa hilang di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.- UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ibrahim Mat Zin yang digelar Raja Bomoh mencuri tumpuan pengamal media apabila hadir di lokasi tragedi tanah jerlus membabitkan seorang individu warga India di Jalan Masjid India di sini hari ini.

Ibrahim berkata, kehadirannya di lokasi kejadian untuk membantu usaha mencari mangsa yang terjatuh dalam kejadian ini.

“Saya datang bukan sebab apa, saya lihat mereka dah berhari jalankan usaha pencarian namun tak jumpa.

“Jadi saya mahu tolong pencarian ini dan gunakan kaedah tertentu sekiranya saya dibenarkan pihak berkuasa,” katanya.

Jumaat lalu, seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, berasal dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India di sini.

Operasi SAR membabitkan agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Indah Water Konsortium (IWK).

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turut meninjau lokasi kejadian selama satu jam pada pukul 11.15 pagi.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya