Promosi 'PB Hotel 67 Merdeka' meriahkan Hari Kebangsaan - Utusan Malaysia

Promosi ‘PB Hotel 67 Merdeka’ meriahkan Hari Kebangsaan

KAKITANGAN Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu menunjukkan kempen promosi 'PB Hotel 67 Merdeka' sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-67 tahun ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hotel Paya Bunga di sini tidak ketinggalan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 pada tahun ini dengan menawarkan bilik penginapan dengan harga istimewa RM67 sahaja.

Pengurus Besarnya, Abdul Hadi Alias berkata, kempen promosi ‘PB Hotel 67 Merdeka’ itu melibatkan 67 bilik hotel sebagai simbolik kepada sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan

Menurutnya, kempen itu juga adalah tanda penghargaan kepada pelanggan setia hotel yang telah memberikan sokongan padu kepada hotel itu sejak beroperasi lima tahun lalu.

“Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia, malah kami juga optimis ia dapat menyokong industri pelancongan negeri Terengganu.

“Promosi ‘PB Hotel 67 Merdeka’ ini diharap dapat menarik kedatangan lebih ramai pelancong ke negeri ini, khususnya di bandar raya Kuala Terengganu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini, hari ini.

Kempen itu bermula 12 Ogos hingga 31 Ogos depan dan terbuka kepada semua pelanggan yang menyertai kempen melalui platform media sosial TikTok Paya Bunga Hotel.

Tambahnya, tawaran istimewa itu juga menjadi daya tarikan utama bagi pelancong yang ingin menikmati pengalaman penginapan di Hotel Paya Bunga dengan harga berpatutan.

“Kempen itu diharap dapat memperkukuhkan strategi penjenamaan Hotel Paya Bunga melalui kempen promosi yang konsisten dan kreatif,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN