GUA MUSANG: Calon Perikatan Nasional (PN) Mohd. Rizwadi Ismail bertekad menjaga kebajikan rakyat jika dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri pada 17 Ogos ini. Mohd. Rizwadi bagaimanapun berkata, ketika ini beliau meletakkan fokus untuk bekerja kepada PN. “Saya akan bekerja untuk PN dan fokus kepada kebajikan masyarakat DUN Nenggiri. “Kebajikan itu meliputi semua kebajikan rakyat di DUN ini,” katanya pada sidang akhbar di Sekolah Maahad Muhammadi Gua Musang…









