Polis rujuk remaja menyamar pegawai perubatan kepada JKM, Sepang

Polis rujuk remaja menyamar pegawai perubatan kepada JKM, Sepang

Zayn Rayyan
Datuk Hussein Omar Khan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan merujuk kes remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan kerana menyamar pegawai perubatan di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang, kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Sepang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tindakan itu diambil memandangkan remaja berkenaan adalah bawah umur.

Kata beliau, pada masa sama, kertas siasatan akan dilengkapkan.

“Selepas itu, kertas siasatan tersebut akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, polis memaklumkan remaja berkenaan akan dirujuk ke hospital pakar untuk pemeriksaan psikiatri dalam masa terdekat ini.

Siasatan awal mendapati tindakan remaja itu dipercayai akibat fikiran terganggu.

Tiada sebarang motif dan suspek akan dirujuk ke hospital pakar untuk pemeriksaan psikiatri.

Remaja itu akan dibebaskan dengan ikat jamin polis selepas tempoh remannya tamat semalam.

Sebelum itu, polis menahan remaja itu pukul 9 pagi di lobi HSIS dekat sini.

Polis turut merampas sehelai baju scrub, seluar scrub dan lanyard hak milik hospital yang digunakan oleh remaja berkenaan.

Siasatan awal polis mendapati suspek menceroboh dewan bedah hospital dan mengaku sebagai pegawai perubatan serta mahu membantu menjalankan pembedahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN