Polis digesa siasat syarikat tipu 400 pelabur forex

Polis digesa siasat syarikat tipu 400 pelabur forex

HISHAMUDDIN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA : Sebanyak 400 aduan diterima Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) berhubung skim pelaburan forex yang ditawarkan sebuah syarikat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, berdasarkan aduan, pihaknya mendapati modus operandi syarikat itu adalah melantik broker pelaburan yang kononnya menguruskan transaksi kewangan antara pelabur dan syarikat. 

Kata beliau, broker pula akan melantik ejen pemasaran untuk mempromosikan skim pelaburan mereka.

“MHO mengesyaki tawaran skim pelaburan itu tidak sah kerana syarikat itu tidak mematuhi undang-undang yang diperuntukkan untuk mengawalselia syarikat pelaburan di Malaysia,” katanya dalam sidang akbar di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.

Justeru, beliau meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Tindakan undang-undang ke atas pelaku terlibat perlu dikenakan bagi keadilan mangsa,” jelasnya.

Terdahulu, seorang lelaki hanya menyedari dia ditipu selama enam tahun selepas kerugian RM1 juta selepas diperdaya sebuah syarikat menawarkan skim pelaburan forex.

Ejen insuran, Lee Jian Shiun, 32, berkata, dia merupakan antara 400 mangsa penipuan skim pelaburan yang dipercayai didalangi oleh tiga individu termasuk dua warga asing membabitkan kerugian keseluruhan lebih RM100 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN