Penuntut kolej tak mengaku bersalah amang seksual bayi  - Utusan Malaysia

Penuntut kolej tak mengaku bersalah amang seksual bayi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut kolej mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang bayi berusia 10 bulan, bulan lalu. 

Lelaki berusia 20 tahun itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang bayi perempuan di sebuah rumah di Jalan Hamzah Kampung Baru, Dang Wangi di sini pada pukul 10 pagi, 31 Julai lalu.

Lelaki tersebut didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh merupakan anak angkat kepada pengasuh bayi berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Shakira Aliana Alias mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga turut memohon syarat tambahan iaitu tertuduh tidak menganggu mangsa, keluarga dan saksi-saksi kejadian, melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan menyerahkan pasport ke mahkamah sehingga kes selesai. 

Peguambela, Azi Azlin Zulkifli yang mewakili tertuduh merayu jumlah jaminan yang rendah diberikan kepada anak guamnya atas alasan tertuduh masih belajar dan menghidap penyakit kanser leukemia. 

“Saya percaya bahawa berdasarkan kesihatan tertuduh, wajar untuk mahkamah berikan satu jamin yang paling minima dan tertuduh masih belum didapati bersalah,” kata Azi Azlin. 

Hakim Mohd Kafli Che Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 24 September ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN