PETALING JAYA : Seorang lelaki yang mempunyai enam rekod jenayah termasuk satu kes samun barangan kemas di sebuah pusat beli-belah di Kajang pada 17 Jun lalu maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis hari ini. Suspek warga tempatan berusia pertengahan 30-an itu disahkan maut dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang tadi. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pada mulanya, satu pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sedang…










