CAMERON HIGHLANDS: Pengurangan kadar bayaran fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) sebanyak 90 peratus bagi kenderaan ‘de-controlled‘ Cameron Highlands (CH) dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli berkata, pelanjutan kadar bayaran itu bermula 28 Oktober ini hingga 27 Oktober 2027 melibatkan kenderaan CH yang mengangkut hasil agrotani dan barang-barang pertanian. Menurutnya, Inisiatif ini sebagai langkah proaktif kerajaan untuk memanfaatkan 1,058 kenderaan ‘de-controlled‘ CH di…










