Pemandu kedua bas ekspres mengaku tidak bersalah cabul penumpang wanita - Utusan Malaysia

Pemandu kedua bas ekspres mengaku tidak bersalah cabul penumpang wanita

MUHAMMAD Faris Zaharuddin Mohd. Fadli yang mengaku tidak bersalah mencabul penumpang wanita dibawa keluar dari Mahkamah Majistret, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang pemandu kedua sebuah bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini atas pertuduhan mencabul seorang penumpang wanita, Jumaat lalu.

Tertuduh, Muhammad Faris Zaharuddin Mohd Fadli, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin.

Mengikut pertuduhan, ketika berada di tempat duduk sebuah bas ekspres, tertuduh telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita yang berusia 23 tahun dengan cara memegang payu dara dan kemaluan bawah wanita itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Lebuhraya Pantai Timur berhampiran Plaza Tol Chukai, kira-kira pukul 11.30 malam, pada 23 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga 10 tahun atau dengan denda, atau dengan sebat.

Sharifah Amirda Shaha kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dan menetapkan 25 September depan sebagai sebutan semula kes.

Terdahulu, pada Sabtu lalu, mangsa yang merupakan seorang jurujual yang berasal dari Marang, membuat laporan polis mendakwa dicabul lelaki itu ketika dalam perjalanan menaiki bas itu dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Salak Selatan Baru, sebaik mangsa tiba di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×