SINGAPURA: Gara-gara memuat naik gambar dan video seorang pegawai imigresen kerana tidak berpuas hati arahan mengalihkan penutup cahaya dari tingkap kereta, seorang pemandu berdepan hukuman penjara dua tahun. Agensi berita Channel News Asia melaporkan, kejadian berlaku pada 12 Ogos lalu di Kompleks Imigresen Woodlands apabila Wong Jeo Wah, 37, diarah pegawai berkenaan agar mengalihkan penutup matahari dari tingkap penumpang kanan semasa pemeriksaan imigresen. Namun Jeo Wah yang tidak berpuas hati dikatakan…