SIK: Seorang pekebun maut selepas dipercayai dilanggar kenderaan pacuan empat roda miliknya yang mengundur sendiri di Kampung Pasir Putih, Jeneri, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Lim Gok Hong, 59, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bawah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota…










