PAU 2024 hanya keluarga UMNO, tiada parti lain - Utusan Malaysia

PAU 2024 hanya keluarga UMNO, tiada parti lain

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO memuktamadkan tiada jemputan bagi pemimpin-pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan ke Perhimpunan Agung UMNO 2024 (PAU 2024) bermula 21 Ogos ini. 

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, PAU 2024 bagi tahun kedua dalam Kerajaan Perpaduan akan lebih kepada keluarga UMNO sahaja.

“Kita sudah berbincang dalam kepimpinan Kerajaan Perpaduan dan sudah ada kesepakatan bahawa tidak ada pemimpin utama parti yang akan datang tetapi komponen Barisan Nasional (BN) seperti biasa. 

“Tahun ini kita akan memberikan peluang seluas-luasnya kepada keluarga besar UMNO untuk berbincang secara kekeluargaan,” katanya dalam sidang akhbar sempena PAU 2024 di Menara Dato Onn, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah, Ketua Puteri UMNO, Nurul Amal Mohd Fauzi; Exco Pemuda UMNO, Mohd. Hafiz Ariffin dan Wanita UMNO.

PAU 2024 akan bermula dari 21 hingga 24 Ogos ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

PAU 2023 tahun lalu mencatat sejarah tersendiri apabila dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR.

Anwar kembali menjejakkan kakinya ke persidangan itu sebagai tetamu kehormat selepas 25 tahun dan kali terakhir berucap pada PAU adalah pada 1998 sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Beliau dipecat daripada UMNO pada 3 September 1998 dan sejak itu, bangunan itu adalah asing baginya untuk dikunjungi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN