Operasi cari mangsa tanah jerlus tangguh sementara sebab hujan lebat

Operasi cari mangsa tanah jerlus tangguh sementara sebab hujan lebat

LOKASI terakhir wanita warga India sebelum dilaporkan terjatuh kedalam tanah jelus di sekitar kawasan Masjid India Kuala Lumpur jumaat lalu. Gambar NURUL NAJWA HASRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga India yang hilang akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India ditangguhkan sementara.

Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, penangguhan itu ekoran hujan lebat di kawasan kejadian sejak pukul 7.30 malam.

Kata kenyataan itu, kerja-kerja tersebut akan bersambung pada esok selepas kerja-kerja mencari dan menyelamat diteruskan dengan memfokuskan kerja-kerja pencarian di kawasan end point iaitu loji di Pantai Dalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, hasil daripada pencarian tersebut adalah negatif.

“Pasukan SAR juga sedang dalam tindakan memecahkan dinding ‘manhole’ di lokasi kejadian untuk mendapatkan jarak penglihatan (visibility) yang lebih jelas dalam lurang kumbahan itu,” katanya.

Tambah kenyataan itu, kerja-kerja pencarian melalui kaedah Ground Penetrating Radar (GPR) dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) di kawasan sekitar Masjid India digunakan untuk menilai keadaan tanah.

“Sementara kaedah GPR yg sama oleh Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) digunakan di sekitar kawasan lubang benam.

“Kerja-kerja survei oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bermula dari pintu gerbang Masjid India ke hadapan kawasan masjid di mana kerja tinjauan melibatkan 65 meter,”ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini