GEORGE TOWN : Ubat perangsang seks adalah antara sebahagian daripada 527 jenis ubat-ubatan dan produk tidak berdaftar bernilai RM4.4 juta yang berjaya dirampas dalam operasi bersepadu di beberapa negeri pada 30 Julai lalu. Selain Pulau Pinang, operasi bersepadu yang dikenali sebagai Op Legasi 2.0 itu turut diadakan di Kedah dan Johor. Rampasan produk haram itu dibuat menerusi 24 serbuan oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) sekali gus menumpaskan rangkaian…