NS kenal pasti kawasan jadi perlindungan anjing terbiar

NS kenal pasti kawasan jadi perlindungan anjing terbiar

J. ARUL Kumar (dua dari kanan) bersama pegawai jabatan dan agensi berkaitan melawat beberapa Kawasan sesuai di Mantin, Seremban untuk dibina sebuah tempat perlindungan dan penyimpanan anjing terbiar yang ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan NGO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah tempat perlindungan menempatkan anjing-anjing terbiar yang ditangkap akan dibina di sebuah kawasan di sini sebagai satu usaha menyelesaikan aduan orang ramai berkaitan anjing terbiar di kawasan-kawasan perumahan.

Pengerusi Jawatankuasa Ber­tindak Pembangunan Ke­rajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan ne­geri, J. Arul Kumar berkata, tempat perlindungan anjing terbiar itu juga akan dibina dengan kerjasama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pada masa yang sama menurutnya, ia memastikan langkah penyelesaian masalah itu tidak melanggar Akta Kebajikan Haiwan Peliharaan 2015.

“Tentunya tempat penyim­panan anjing-anjing yang ditangkap ini tidak mampu dilaksanakan dengan sendiri oleh kerajaan sahaja. Kita memerlukan bantuan dan kerjasama daripada NGO.

“Oleh itu, kerajaan negeri meluluskan sebidang tanah di Jalan Mantin ke Lenggeng di sini untuk diusahakan sebagai tempat penyimpanan anjing terbiar kepada sebuah NGO.

“Untuk menyediakan beberapa kemudahan asas di kawasan tempat penyimpanan anjing terbiar ini, kerajaan negeri juga telah menyediakan sejumlah peruntukan untuk membina pagar keliling kawasan ini dan juga beberapa sokongan lain,” katanya ketika dihubungi.

Arul Kumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai berkata, peruntukan RM100,000 telah disediakan kerajaan negeri bagi tujuan pemandulan anjing-anjing terbiar yang ditangkap.

“Setakat Mei lalu sebanyak 378 ekor anjing telah ditangkap dan dimandulkan. Selain itu, melalui peruntukan di bawah Majlis Bandaraya Se­remban (MBS) sebanyak 1,378 ekor anjing juha telah ditangkap dan dihantar ke pusat perlindungan anjing terbiar ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN