Mpox bukan Covid-19 baharu - WHO

Mpox bukan Covid-19 baharu – WHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menegaskan wabak cacar monyet atau Mpox bukanlah virus baharu Covid-19 sama ada varian baharu atau lama.

Pengarah Serantau Eropah, Hans Kluge berkata, pihak berkuasa sedang memantau dan mengekang penularan wabak tersebut.

“Kita boleh dan mesti menangani mpox bersama-sama. Jadi adakah kita akan memilih untuk meletakkan sistem untuk mengawal dan menghapuskan Mpox secara global? Atau kita akan memasuki satu lagi kitaran panik dan pengabaian? 

“Bagaimana kita bertindak balas sekarang dan pada tahun-tahun akan datang akan membuktikan ujian kritikal untuk Eropah dan dunia,” tambahnya dalam taklimat media hari ini.

Minggu lalu, WHO mengisytiharkan lonjakan jangkitan virus Mpox atau cacar monyet di Afrika sebagai kecemasan kesihatan awam global.

Ia adalah amaran tertingi setinggi berhubung keadaan yang semakin teruk susulan peningkatan kes di Republik Demokratik Congo (DR Congo) dan penularan ke negara berdekatan.

PHEIC ialah tahap amaran tertinggi di bawah Peraturan Kesihatan Antarabangsa, yang mengikat secara sah di 196 negara.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×