Mohon tambah peruntukan tanam semula sawit

Mohon tambah peruntukan tanam semula sawit

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi meminta Kementerian Kewangan (MOF) memberi peruntukan tambahan dalam Bajet 2025 bagi tanaman semula pokok kelapa sawit.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, peruntukan tambahan itu akan digunakan dalam usaha menggantikan semula pokok kelapa sawit yang tua sekali gus mengurangkan penerokaan tanah baharu.

“Penanaman baharu ini akan membantu tingkatkan pengeluaran kelapa sawit dan menambah pendapatan pekebun,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, semalam.

Sebelum ini, Johari menyua­rakan kebimbangan terhadap kadar penanaman semula kelapa sawit yang rendah berjumlah kira-kira 450,000 pekebun dan mempunyai kawasan penanaman seluas 1.5 juta hektar oleh pekebun kecil bebas.

Katanya, kadar penanaman semula bagi kawasan kelapa sawit peringkat tua berpotensi meningkatkan pengeluaran minyak sawit tahunan Malaysia sebanyak 2.5 juta tan metrik.

“Penanaman semula me­ngalami penyusutan ketara. Berdasarkan piawaian industri, kami perlu menanam semula sebanyak 4.0 hingga 5.0 peratus tetapi purata nasional kami hanya kira-kira 1.8 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kementerian memberi fokus kepada sektor penanaman getah dan koko bagi mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar.
“Kita akan beri perhatian lebih kepada sektor koko dan getah pula supaya import dari negara luar dapat dikurangkan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN