Merdeka sebenar apabila rakyat selamat - Muhyiddin

Merdeka sebenar apabila rakyat selamat – Muhyiddin

muhyiddin
MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, seluruh rakyat Malaysia perlu menekankan pentingnya mempertahankan kemakmuran dan keharmonian yang telah dinikmati selama ini.

Katanya, selama 67 tahun, rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum, agama, dan latar belakang telah hidup dalam keadaan harmoni dan penuh toleransi.

Kejayaan itu jelasnya, adalah hasil daripada kepatuhan kepada asas-asas Perlembagaan yang telah digariskan sejak kemerdekaan Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keadaan ini membolehkan usaha-usaha mengisi kemerdekaan dapat dilaksanakan dengan lancar, terutama dalam memacu kemajuan ekonomi negara, merapatkan jurang ekonomi antara kaum dan wilayah, serta mewujudkan perpaduan sesama rakyat,” katanya dalam satu kenyataan sempena Hari Kebangsaan ke-67.

Beliau jjuga menekankan bahawa kemerdekaan sebenar bukan hanya mengenai kebebasan daripada penjajah, tetapi juga mengenai keupayaan rakyat untuk menjalani kehidupan dengan selamat, bebas mencari rezeki dan menikmati kemakmuran.

Beliau turut menyatakan kebimbangan  terhadap peningkatan kos sara hidup yang menghimpit golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Muhyiddin turut mengkritik langkah kerajaan dalam melaksanakan rasionalisasi subsidi diesel, yang menurutnya, memberi kesan berantai kepada kenaikan kos perkhidmatan dan harga barangan keperluan asas.

Katanya, situasi itu telah mendorong kepada peningkatan kadar inflasi kepada 1.9 peratus pada suku kedua 2024, berbanding 1.8 peratus pada separuh pertama.

“Situasi ini jika tidak ditangani akan terus menekan kehidupan rakyat yang selama ini sudah dihimpit dengan kenaikan pelbagai kos sara hidup,” tegasnya.

Muhyiddin turut mengingatkan rakyat agar tidak melupakan jasa para pemimpin dan pejuang terdahulu yang telah berjuang untuk kemerdekaan tanah air.

Beliau menyeru rakyat untuk mempertahankan kemerdekaan ini dengan iltizam dan semangat bagi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang aman, makmur, dan sejahtera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini