BUTTERWORTH : Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan bunuh terhadap bekas kekasihnya, minggu lalu. Tertuduh, S.Darvin, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani. Berdasarkan pertuduhan, dia yang bekerja sebagai penghantar makanan didakwa telah menakutkan secara jenayah terhadap R. Sivarubini,27, dengan ugutan hendak menyebabkan kematian. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pasar raya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya