Masih ramai tidak patriotik kibar Jalur Gemilang

Masih ramai tidak patriotik kibar Jalur Gemilang

AZURAWATI Wahid (tengah) bersama kakitangan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan warga Toyota Kluang mengibarkan Jalur Gemilang dalam majlis Semarak Madani Jiwa Merdeka di Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Masih ramai pemilik premis di bandar ini tidak mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan sekali gus menunjukkan mereka seolah-olah gagal menjiwai semangat kemerdekaan negara.

Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kluang MPK, Azurawati Wahid berkata, surat pekeliling berkaitan pemasangan bendera mengikut ketetapan sudah pun diedarkan sejak sebulan lalu, namun masih ada lagi yang gagal melaksanakannya. 

Katanya, turut disarankan memasang bendera adalah di kediaman masing-masing agar sambutan Bulan Kemerdekaan ini dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. 

“Sebagai rakyat, kita perlu menjiwai semangat Kemerdekaan dan bangga apabila negara sudah pun merdeka sejak 67 tahun lalu. 

“Ia juga secara tidak langsung dapat mendidik anak-anak muda memahami erti merdeka dan menjadikan mereka sebagai pewaris yang akan terus mempertahankan kemerdekaan negara,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis Semarak Madani Jiwa Merdeka bersama Toyota Kluang di sini, hari ini.

Ditanya tentang penggunaan aplikasi Setel untuk pembayaran tempat letak kenderaan di bandar ini, Azurawati berkata, sambutan amat menggalakkan walaupun ia baru diperkenalkan pada 1 Julai lalu. 

Ujarnya, penggunaan Setel merupakan satu langkah sementara sebelum satu aplikasi khas diperkenalkan yang akan diguna pakai semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN