Mangsa tipu, gangguan seksual tukang tilik nasib bergelar Datuk digesa lapor polis

Mangsa tipu, gangguan seksual tukang tilik nasib bergelar Datuk digesa lapor polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) meminta mana-mana individu yang menjadi mangsa penipuan atau gangguan seksual seorang tukang tilik nasib tampil membuat laporan polis agar tindakan boleh diambil. 

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, lelaki warga tempatan bergelar Datuk itu didakwa mengaku sebagai seorang tukang tilik nasib dan mempunyai pengantara kepada tuhan. 

Kata beliau, kesemua pelanggan beliau perlu menuruti apa sahaja permintaannya sekiranya ingin membuang sial dan mempunyai nasib yang baik.

“Hasil semakan kita, lelaki berkenaan mempunyai antara 30 sehingga 60 pengikut yang begitu fanatik sehingga terpedaya dengan pelbagai kelas-kelas lain yang disediakan. 

“Ketika menjalankan rawatan, mangsa-mangsa perlu membayar sejumlah wang mencecah puluhan ribu setiap orang tetapi para pelanggan tidak mendapat hasil seperti yang dijanjikan atau harapkan. 

“Apabila pelanggan-pelanggan tidak lagi ingin meneruskan rawatan mereka akan berdepan dengan pelbagai ugutan berunsur jenayah daripada individu terbabit,”katanya dalam sidang akhbar di Pejabag MHO di sini hari ini.

Hishamuddin berkata, beberapa orang pelanggan telah menjadi mangsa kepada gangguan seksual individu terbabit serta ada yang telah dicabul serta dimanipulasi untuk melakukan hubungan seks berulang kali di atas alasan untuk rawatan dan membuang sial. 

“Perlakuan beliau dengan mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri amatlah terkutuk dan perlu dihentikan segera.

“Pihak kami juga berharap mangsa-mangsa lain akan turut tampil mendedahkan penipuan serta tindakan tidak bermoral individu terbabit supaya orang lain tidak lagi menjadi mangsanya,”jelasnya.

Dalam pada itu, Hishamuddin menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap lelaki tersebut.

“Kita harap lelaki itu  dikenakan hukuman yang setimpal agar aktiviti-aktiviti dilakukannya dapat dihentikan,” katanya.

Terdahulu, seorang wanita trauma apabila didakwa dirogol dan dipaksa melakukan hubungan seks beberapa kali dengan seorang lelaki bergelar Datuk yang juga tukang tilik nasib.

Wanita berkenaan ketika ditemui berkata, satu laporan telah dibuat olehnya di Balai Polis Sepang semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN