NEW DELHI: Mahkamah Agung India memerintahkan penubuhan pasukan petugas kebangsaan doktor bagi membuat cadangan mengenai keselamatan di tempat kerja, susulan daripada kes rogol dan pembunuhan seorang doktor pelatih wanita berusia 31 tahun hingga mencetuskan protes di seluruh negara.
Mahkamah juga meminta polis persekutuan mengemukakan laporan mengenai status siasatannya terhadap pembunuhan doktor pelatih pada 9 Ogos lalu di sebuah hospital kerajaan di bandar timur Kolkata.
Berikutan jenayah itu, doktor di seluruh negara mengadakan bantahan dan enggan merawat pesakit bukan kecemasan sebagai sebahagian daripada tindakan mereka menuntut tempat kerja yang lebih selamat dan siasatan jenayah yang pantas.

Jutaan doktor melancarkan mogok di seluruh negara sehingga menjejaskan perkhidmatan kesihatan susulan kejadian rogol dan bunuh membabitkan seorang doktor pelatih wanita di Kolej Perubatan dan Hospital RG Kar di Kolkata pada 9 Ogos lalu.
Kumpulan profesional itu menuntut kerajaan mempertingkatkan kawalan keselamatan serta menambah baik persekitaran kerja di hospital-hospital.
Perdana Menteri India, Narendra Modi menuntut supaya tindakan tegas diberikan terhadap mereka yang terlibat dalam insiden pembunuhan seorang doktor di Kolkata, Bengal Barat.-AGENSI