KUALA LUMPUR: “Tak sangka saya mampu sampai ke tahap ini.” Demikian respons penyanyi negara seberang, Lyodra Ginting, mengenai kejayaannya memecahkan rekod dengan meraih jutaan pendengar di platform penstriman, Spotify. Kata penyanyi berusia 21 tahun itu, dia bersyukur kerana pencapaian tersebut membuktikan karya-karyanya diterima baik pendengar di platform berkenaan. “Saya gembira apabila lagu-lagu yang saya nyanyikan diterima ramai orang. “Harapan saya, karya-karya saya dinikmati lebih ramai pendengar supaya saya dapat mencipta…










