Lelaki OKU dipercayai lemas di sungai Pahang

Lelaki OKU dipercayai lemas di sungai Pahang

PASUKAN mencari dan penyelamat hadir ke lokasi di tebing Sungai Pahang di Kampung Kiambang, dekat Ganchong, Pekan, untuk membuat tinjauan awal sejurus selepas menerima laporan kehilangan orang kurang upaya yang dikhuatiri lemas. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Seorang lelaki dipercayai orang kurang upaya (OKU) dikhuatiri lemas di Kampung Kiambang, dekat Ganchong, di sini semalam.

Mangsa, Mahadir Abd Hamid, 49, disedari hilang kira-kira pukul 9 pagi.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11 malam tadi dan ke lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Berdasarkan maklumat, pasukan bomba menerima laporan kehilangan dari polis menyatakan terdapat seorang lelaki disyaki lemas di sungai Pahang di kampung Kiambang Ganchong pada pukul 9 pagi.

“Gerakan mencari sudah dilakukan terlebih dahulu oleh polis bersama penduduk kampung tersebut namun mangsa tidak dijumpai. 

“Bantuan bomba diperlukan untuk operasi mencari dan menyelamat sejurus selepas menjumpai selipar mangsa di kawasan sungai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN