Lelaki ditahan kerana cederakan bekas teman wanita

Lelaki ditahan kerana cederakan bekas teman wanita

TANGKAP layar satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki cuba ditenteramkan oleh orang ramai kerana menyerang dan mencederakan bekas teman wanitanya di sebuah pasar raya di Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Seorang lelaki tempatan ditahan kerana menyerang dan mencederakan bekas teman wanitanya dengan menggunakan pisau dalam kejadian di sebuah pasar raya di Bagan Ajam di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd. Rahman berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.45 malam itu dan pihaknya telah menerima panggilan daripada seorang wanita warga tempatan memaklumkan bahawa dia telah diganggu oleh seorang lelaki.

“Lelaki tersebut merupakan bekas teman lelaki mangsa dan mangsa telah diserang oleh suspek dengan menggunakan pisau sehingga menyebabkan kecederaan pada jari kelingking kanannya semasa berlaku satu pergelutan,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, satu rakaman video mengenai seorang lelaki sedang mengacukan pisau ke leher seorang wanita di sebuah pasar raya tular di laman sosial sejak semalam.

Lelaki itu bagaimanapun berjaya ditenteramkan sebelum ditangkap oleh orang awam yang melihat kejadian berkenaan.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, tangkapan semula kemudian telah dibuat oleh unit anggota peronda polis (MPV) Butterworth terhadap suspek.

“Perintah tahanan terhadap suspek iaitu di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah telah dipohon di Mahkamah Butterworth pada 5 Ogos lalu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan dan tindakan menuduh suspek akan dilaksanakan dengan kadar segera setelah menerima arahan dari Timbalan Pendakwa Raya,”katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN