JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki warga asing yang berkelakuan mencurigakan dengan mengekori dan mengganggu pemandu wanita, kelmarin. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di kawasan Stulang Baru di sini, semalam. Katanya, siasatan awal mendapati lelaki itu mengekori pemandu wanita terbabit kerana mahu bertanya dan mencari isterinya yang telah meninggalkan rumah. “Kita telah menerima satu rakaman video yang tular itu kira-kira 2 petang kelmarin, yang mana seorang wanita tempatan berusia 28 tahun mendakwa diekori kereta dipandu seorang lelaki di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya