Kurus sebab jaga berat badan kerana slip disc - Hafiz Suip tolak tuduhan ambil dadah - Utusan Malaysia

Kurus sebab jaga berat badan kerana slip disc – Hafiz Suip tolak tuduhan ambil dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Hafiz Suip, menolak dakwaan yang mengaitkan penurunan berat badannya dengan pengambilan bahan terlarang.

Jelas penyanyi berusia 34 tahun itu, penurunan tersebut adalah disebabkan kawalan makanan dan penjagaan kesihatan yang diamalkan bagi mengelakkan masalah slip disc yang dialaminya menjadi bertambah teruk.

“Itu sebabnya saya kurus. Bukan kerana hisap batu, dadah atau benda-benda yang orang tuduh saya.

“Saya jaga kesihatan, pergi gimnasium, sertai kelas tinju untuk kecergasan dan kesihatan saya.

“Ini cara saya elakkan masalah slip disc yang saya alami menjadi lebih teruk,” katanya.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip berkaya demikian selepas konsert Ajai & Mega Friends di Mega Star Arena, semalam.

Konsert yang dianjurkan penyanyi dan komposer terkena, Ajai itu turut menampilkan Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Ila Sabri, Aufahanie, Hazama dan ramai lagi.

Hafiz menerusi konsert tersebut mendendangkan dua buah lagu ciptaan komposer berbakat besar itu termasuk Ku Akui dan Tak Mungkin Kerna Sayang yang dipopularkan penyanyi Alyah.

Hafiz memaklumkan menderita penyakit slip disc sejak tahun 2016 dan tidak disarankan doktor untuk menjalani pembedahan untuk merawat masalah tersebut.

“Saya berusia 25 tahun kita mula-mula mengalami masalah itu. Disebabkan umur yang masih muda, doktor tidak sarankan saya buat pembedahan.

“Sebaliknya saya dinasihatkan jaga pemakanan dan kawal berat badan.

“Alhamdulillah, nak kata masalah ini sudah ok, tidak sebab ia tiada penawar. Jadi untuk elakkan menjadi lebih teruk, saya bersenam untuk kuatkan otot belakang badan.

“Masalah ini tidaklah mengganggu nyanyian, tapi memberi kesan kepada pergerakan. Saya akui sebelum ini pernah dipelawa pihak produksi The Hardest Singing Show untuk menyertai program tersebut. Tetapi saya tolak sebab masalah slip disc ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN