KUALA LUMPUR: Penyanyi, Hafiz Suip, menolak dakwaan yang mengaitkan penurunan berat badannya dengan pengambilan bahan terlarang. Jelas penyanyi berusia 34 tahun itu, penurunan tersebut adalah disebabkan kawalan makanan dan penjagaan kesihatan yang diamalkan bagi mengelakkan masalah slip disc yang dialaminya menjadi bertambah teruk. “Itu sebabnya saya kurus. Bukan kerana hisap batu, dadah atau benda-benda yang orang tuduh saya. “Saya jaga kesihatan, pergi gimnasium, sertai kelas tinju untuk kecergasan dan kesihatan saya. “Ini cara saya elakkan masalah slip disc yang saya alami menjadi lebih teruk,” katanya. Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya