KPT lancar dashboard pendidikan tinggi

KPT lancar dashboard pendidikan tinggi, pantau inisiatif bawah kementerian

ZAMBRY Abdul Kadir bersama Fadhlina Sidek melepaskan Konvoi Merdeka pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Tinggi di Putrajaya.-UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini melancarkan dashboard pendidikan tinggi iaitu pelantar yang akan digunakan bagi memantau dan melaporkan petunjuk prestasi utama (KPI) serta pencapaian kesemua inisiatif di bawah kementerian.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, input dan data pencapaian KPI kesemua inisiatif berkenaan akan dikumpulkan daripada bahagian, jabatan, agensi serta insititusi-insititusi pendidikan tinggi.

Menurutnya, data tersebut akan digunakan untuk mengukur, menganalisa pelaporan serta mengambil kira keperluan intervensi.

“Terdapat tiga inisiatif yang dipantau di dalam dashboard ini termasuk Pelan Tindakan Landasan Hala Tuju Pendidikan Tinggi, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dan Kajian Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional (NRC).

“Selain itu, dashboard ini juga akan memaparkan kisah-kisah pencapaian insititusi-Insititusi pendidikan tinggi awam (IPTA),” katanya sempena Majlis Pelancaran Dashboard Pendidikan Tinggi KPT dan Majlis Perhimpunan Bulanan KPT di sini hari ini.

Dashboard itu akan dipaparkan di laman sesawang KPT sebagai rujukan serta pemakluman inisiatif-inisiatif kementerian kepada orang awam.

Terdahulu, Zambry turut menyempurnakan sesi ‘flag off’ Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2024 peringkat KPT yang diadakan bagi menyemarakkan lagi pengisian pada tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN