TELUK INTAN: Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menumbuk ibu saudara dan menampar neneknya, Isnin lalu. Tertuduh, M. D. Nava Rajan, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan berasingan di hadapan Majistret T. Ashvinii. Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas ibu saudaranya, P. Rajaspary, 68, dengan cara menumbuk di bahagian muka di sebuah…