Klaus Lim mahu edar lebih banyak susu bayi percuma ke pedalaman

Klaus Lim mahu edar lebih banyak susu bayi percuma ke pedalaman

ABANG Susu (tengah) ketika mengadakan program CSR bersama kanak-kanak di sebuah negeri baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sinar Harapan Batu Pahat berhasrat memperluas cawangannya di seluruh negara terutama di kawasan pedalaman supaya inisiatif edar susu tepung bayi percuma mencapai objektif sebenar.

Presidennya, Klaus Lim berkata, ketika ini, pihaknya membuka cawangan di Perak (Teluk Intan), Melaka, Johor (Muar), Negeri Sembilan (Nilai), Pulau Pinang, Kelantan dan Pahang (Kuantan).

Beliau yang juga dikenali sebagai Abang Susu berkata, cawangan lain termasuk Miri dan Kuching di Sarawak), Ipoh (Perak), Klang (Selangor) dan Johor Bharu (Johor) selain Thailand dan Kemboja.

“Kami akui inisiatif ini tidak akan berjaya jika ia digerakkan sendirian sebaliknya memerlukan cawangan yang aktif termasuk menjalinkan kerjasama erat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

“Kami juga percaya kerjasama erat antara NGO lain mampu menjadikan inisiatif (edar susu tepung bayi percuma) ini sebagai satu program berterusan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kerjasama dengan NGO lain juga membolehkan lebih banyak dana dapat dikumpulkan sekali gus membolehkan inisiatif itu diperluas kepada rumah anak yatim dan rumah kebajikan orang tua.

“Jika kerjasama erat antara NGO dapat diwujudkan, dana yang dikumpul bukan hanya untuk edar susu bayi secara percuma sebaliknya membantu kanak-kanak yang berdepan penyakit jantung, jantung berlubang dan kanser,” katanya.

Sebelum ini, Abang Susu menyasarkan untuk mengagihkan susu tepung percuma kepada 10,000 bayi memerlukan di seluruh negara.

inisiatif dicetuskan Abang Susu sejak pandemik Covid-19 itu tidak sia-sia apabila beliau diiktiraf sebagai ‘Best Intelligent Figure 2023’ oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTN) dan Anugerah Bantuan Susu Tepung Terbanyak daripada Malaysia Book of Records (MBOR) pada Februari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya